Feeds:
Posts
Comments
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Apr 24, 08 | 12:31:08 pm MYT
Mengikut satu riwayat datang serombongan dari Najran, iaitu satu kabilah kabilah Arab yang menganut Kristian. <!—-><!—->Mengikut satu riwayat lain, mereka ini dari Najran datang mendengar Nabi s.a.w. membaca ayat al-Quran lalu mereka menangis dan kemudiannya memeluk Islam.

Mengikut satu riwayat yang lain, Ja’afar bin Ab Talib r.a. sendiri pulang ke Madinah bersama-sama dengan 70 orang. Di kalangan mereka disertai 62 orang dari Habasyah serta lapan orang Nasrani (Kristian) dari negeri Syam.

Antaranya Buhairo’ Ar-Rohib, seorang Rohib yang beribadat, Idris, Asyraf, Abrahah, Sumamah, Fusam, Duraid dan Aiman. Riwayat ini menyebut nama mereka yang datang dari negeri Syam secara satu persatu.

Mereka mendengar Rasulullah s.a.w. membaca ayat daripada Surah Yasin daripada awal sehingga akhirnya.

Apabila mereka mendengar surah Yasin mereka menangis seraya �berkata, “alangkah serupanya ini (ayat-ayat yang dibaca itu)�dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Isa a.s.” Lalu mereka memeluk Islam dan Allah menurunkan ayat ini.

Sementara itu diriwayatkan oleh as-Suddi, seorang ulama tafsir bahawa Raja Habasyah, Najasyi, menjawab surat Rasulullah s.a.w. dan dia hendak berhijrah ke Madinah. Mengikut riwayat As-Suddi, dia mahu berhijrah tetapi mati di tengah jalan.

Mengikut satu riwayat yang lain, Najasyi telah menjawab surat Rasululah s.a.w. dan mengatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia sendiri mahu berhijrah ke Madinah untuk menemui� Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berjalan kaki nescaya dia akan berjalan kaki untuk menemui baginda s.a.w. walaupun dia seorang raja yang memerintah negeri Habasyah. Ini menunjukkan tawaduknya Najasyi terhadap baginda s.a.w.

Bagaimanapun Najasyi telah meninggal dunia di Habasyah belum sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

Peristiwa kematiannya diberitahu oleh Malaikat Jibril kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w. memberitahu kepada para sahabatnya bahawa pada hari Najasyi telah meninggal dunia dan dia adalah seorang yang beriman.

Al-Quran diturunkan untuk menceritakan bagaimana kemuliaan hatinya. Nabi s.a.w. bangun seraya mengajak para sahabatnya bersembahyang ghaib untuk Najasyi.

Ini adalah sunnah ataupun ajaran Nabi s.a.w.yang berkait dengan sembahyang ghaib (sembahyang kepada jenazah yang jauh).

Diberitakan terdapat di kalangan rakyatnya yang memberontak tetapi Najasyi berjaya menentang pemberontakan itu serta �mengalahkan mereka. Najasyi meninggal dunia sebagai seorang yang beriman.

Allah Ta’ala menurunkan ayat ini bersebab daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Allah berfirman yang bermaksud, “engkau akan dapati (wahai Muhammad s.a.w.) manusia yang paling bermusuh dengan orang yang beriman itu adalah orang-orang Yahudi dan Musyrikin.” (Surah al-Maidah: 82)

Dua golongan ini paling jahat dan paling bermusuh dengan orang Islam serta orang beriman. Mereka ini termasuk orang Yahudi yang terkenal dengan sifat jahat dan dengki mereka terhadap orang beriman. Mereka juga terkenal dengan sejarah, membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. di samping membunuh para ulama serta menghina mereka.

Ini adalah kerja orang-orang Yahudi termasuk menghina Nabi Muhammad s.a.w. Merekalah yang menasihatkan orang-orang Quraisy supaya membentuk tentera Ahzab bagi memerangi Rasulullah s.a.w.

Apabila mereka ditanya oleh orang-orang musyrikin kerana mereka (orang-orang Yahudi) terdiri daripada kalangan ahlil kitab, “manakah yang benar sama ada ajaran kami atau ajaran Muhammad?”

Lalu orang Yahudi menyembunyikan kitab. Mereka memberitahu kepada orang musyrikin, “kamulah yang betul manakala Muhammad adalah sesat.”

Mereka mendorong orang-orang musyrikin memusuhi orang Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.

Sifat orang-orang Yahudi ini berpanjangan sehingga hari ini. Mereka paling bermusuh dengan orang Islam sampai sekarang sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dan sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Di kalangan merekalah yang merancang untuk meletakkan racun ke dalam makanan Rasulullah s.a.w. sehingga membawa kepada sakit dan wafatnya baginda s.a.w. -

Oleh madihah_solehah

“Dari: www.tamanilmu.com

 Al-Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan Imam Shafie pernah suatu hari menghadiri majlis yang diadakan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Muhammad bin al-Hasan turut hadir.

Khalifah berpaling kepada Imam Shafie, lalu bertanya: ‘Wahai Ibn Idris! Bagaimana penguasaanmu terhadap Kitab Allah azza wa Jalla? ’

Jawab Imam Shafie: ‘Kitab Allah Azza wa Jalla yang mana satu engkau tanya? kerana Allah Subhanahu wa Taala menurunkan beberapa buah kitab; 58 buah kitab ke atas 7 para Nabi as.

Allah turunkan ke atas Adam, Shith as 30 sahifah. Semuanya perumpamaan.

Allah turunkan ke atas Akhnukh (Nabi Idris) as 16 sahifah. Semuanya hikmah dan ilmu mengenai alam tinggi (al-Malakut al-A’la).
Allah turunkan ke atas Ibrahim as 8 suhuf. Di dalamnya kefardhuan dan Nazar.

Allah turunkan ke atas Musa as Taurat. Kebanyakannya amaran dan nasihat. Allah turunkan ke atas Isa as Injil, untuk menerangkan kepada Bani Israel perkara yang mereka perselisihkan dalam Taurat.
Allah turunkan ke atas Daud as kitab (iaitu Zabur). Semuanya doa dan nasihat.

Allah turunkan ke atas SayyidilBashar (ketua segala manusia) Muhammad saw al-Furqan. Ia menghimpunkan segala kitab terdahulu.

Allah Taala berfirman, maksudnya:
“ Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam” An-Nahl: 89

Dan firmanNya bermaksud:
“Alif, Lam, Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijkasana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” Hud:1

Khalifah Harun al-Rashid berkata: ‘Engkau telah menjawab dengan baik melalui huraianmu. Tetapi maksudku ialah al-Quran yang diturunkan ke atas SayyidilMursalin Muhammad saw yang diperintah Allah supaya kita menerimanya, dan memerintahkan kita supaya beramal dengan ayat muhkamnya dan beriman dengan ayat mutasyabihnya.’

Imam Shafie menjawab: ‘Ayat yang mana satu engkau tanya? Tentang muhkamnya, mutasyabih, nasikh atau mansukhnya? Kerana terdapat ayat itu hukumnya thabit sedangkan bacaannya diangkat; di antaranya bacaannya thabit dan hukumnya terangkat, atau engkau tanyakan aku tentang perbandingan dan perumpamaan yang Allah buat, atau beberapa kisah umat terdahulu.’

Imam Shafie terus menjawab dengan menyebut 73 bentuk…

Harun al-Rashid berkata: ‘Hei Shafie! Adakah ilmumu meliputi semua ini?’

Imam Shafie menjawab: ‘Wahai AmirulMukminin! Ujian terhadap orang yang bercakap ialah seperti api yang membakar perak. Ia akan menzahirkan yang mana baik, yang mana buruk.’

Harun al-Rashid berkata: ‘Aku tidak pandai mengulangi apa yang engkau sebutkan, tetapi aku akan bertanya tentangnya di majlis yang lain. Bagaimana pula penguasaanmu terhadap Sunnah Rasulullah saw?’

Imam Shafie berkata: ‘Aku mengetahui dari Sunnah itu apa yang keluar dalam bentuk wajib, tidak boleh meninggalkannya sebagaimana tidak boleh meninggalkan apa yang diwajibkan Allah dalam al-Quran, apa yang keluar dalam bentuk ta’dib, apa yang keluar dalam bentuk nadb (sunat), apa yang keluar dalam bentuk khas..yang tidak dimasuki oleh am, apa yang keluar dalam bentuk umum..yang termasuk di dalamnya khusus, apa yang keluar sebagai jawapan dari orang yang bertanya..tidak boleh selainnya untuk menggunakannya, apa yang keluar buat pertama kalinya…kerana banyaknya ilmu di dalam dada Nabi saw, apa yang dibuat khusus untuk dirinya dan menjadi ikutan orang tertentu dan awam, dan apa yang khusus untuk dirinya..lalu tidak dikongsi perkara itu dengan orang lain.’

Harun al-Rashid berkata: ‘Barakallahu fik (Moga Allah memberkatimu) wahai Shafie! Engkau telah menjawab dengan baik. Bagaimana pula penguasanmu terhadap Bahasa Arab?’

Imam Shafie menjawab: ‘Bahasa Arab itulah medan kami. Tabiat kami telah terbiasa dengannya. Lidah kami menuturinya. Bahasa Arab itu telah menjadi seperti kehidupan kami, ia tidak sempurna melainkan dengan keselamatan bahasa Arab. Aku dilahirkan tanpa mengenal lahn/kesilapan dalam bahasa Arab.’

Harun al-Rashd berkata: ‘Mudah-mudahan Allah membanyakkan di kalangan keluargaku orang sepertimu.’

Khalifah memerintahkan supaya diberikan 1000 dinar kepada Imam Shafie. Imam Shafie menerimanya. Khalifah ketawa, sambil berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau, alangkah mendalamnya ilmu engkau. Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu…’

Khalifah memerintahkan khadamnya mengikut Imam Shafie supaya melihat apa yang dibuat oleh Imam Shafie terhadap wang tersebut. Imam Shafie membahagi-bahagikan wang tersebut sebekas sebekas hingga ia sampai ke satu pintu. Tidak ada bersamanya melainkan satu bekas wang lalu diberikannya kepada khadam Khalifah itu.

Khadam tersebut memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Harun al-Rashid. Al-Rashid berkata: ‘dengan inilah hemmahnya hilang dan kuatlah ujiannya (faragha hammuhu wa qawiat minnatuhu)

Komentar saya:

  1. Imam Shafie sememangnya seorang tokoh ternama dalam sejarah Islam. Sebagai beradab, jangan perlekehkan ketokohannya.
  2. Seseorang tinggi di sisi Allah kerana ilmunya, bukan kerana pangkat dan jawatannya.
  3. Penguasaan terhadap al-Quran dan Hadis adalah asas ilmu sebenar. Kalau kail hanya sejengkal di dalam bidang al-Quran atau Hadis, tolong jangan mendabik dada ( atau perasan) sebagai pakar atau hebat.
  4. Perkataan yang keluar dari mulut menjadi indikator kepada kredibiliti ilmu dan peribadi seseorang.
  5. Ketinggian ilmu si ulama yang benar tidak menjadikan ia buta hati terhadap ganjaran harta yang diberi.
  6. Pemerintah yang adil termasuk pemerintah yang meletakkan ulama pada tempatnya yang sebenar dan bersedia menerima pandangan ulama.
  7. Kebijaksanaan berucap ialah untuk menegakkan kebenaran, bukannya menunjukkan keegoan.

Firman ALLAH

“Sesuatu yang telah di tentukan ALLAH pasti akan datang,maka janganlah kalian minta untuk disegerakan….”(An-Nahl :1)

Oleh kerana itu,janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi.Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktinya dilahirkan,atau memetik buah-buahan sebelum masak?.Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat di raba,belum tentu wujud dan tidak memiliki rasa dan warna.Lalu,mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok,mencemaskan kesialan-sialan yang mungkin akan terjadi padanya,memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya,meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya?Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya ataupun tidak dan apakah hari esok kita akan berwujud kesenanangan dan kesedihan?

Yang jelas,hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi.Maka tidak sepatutnya kta menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya?Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu?Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu atau mungkin pula jambatan itu akan hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di atasnya.Dan boleh jadi pula kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian akan menyeberangi.

Dalam syariat,memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa hadapan da membuka-buka alam ghaib dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru di duga darinya adalah sesuatu yang tidak di benarkan.Kerana hal itu adalah termasuk dalam thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh).Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk akal kerana sama halnya dengan berusaha perang melawan bayang-bayang.Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan,kemiskinan,wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka.Padahal semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang di ajarkan di “sekolah-sekolah syaitan”.

ALLAH berfirman
“Syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu menderma) dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil dan kedekut).Sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNYA serta kelebihan kurniaNYA……. (Al-Baqarah:268).

Mereka yang menangis sedih menatap masa hadapan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan,menderita sakit selama setahun dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi.Padahal orang sedar usia hidupnya berada di “genggaman yang lain” tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu akan salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak di ketahui secara pasti hakikatnya.

Biarkan ahari esok itu datang dengan sendirinya.Janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu.Sebab hari ini anda sudah sangat sibuk.

Jika anda hairan,maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini.Oleh kerana itu,hindarilah angan-angan yang berlebihan.

Inspirasikan dan motivasikanlah hidup anda untuk mencapai tujuan atau cita-cita yang anda inginkan.Jangan jadikan dugaan,cubaan dan rintangan mematahkan semangat anda

ITM@93-95 (ARAU)

Oleh Rustam A Sani
Selasa, 22 April 2008

 

SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.
Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber “pendapat” bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.
Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.
Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan “Hard Talk” baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.
Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.
Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.
Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?
Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan “Hard Talk” BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.
Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.
Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.
Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya “media barat”).
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka “orang putih” yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.
Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.
Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.
Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.
Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.
Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.
Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.
Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?
 

 

Oleh Azamin Amin
Penulis,aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.
Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

 

Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.

Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.

AllahyaraImageham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum ‘Pandangan Rustam’ dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.

Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

 

 

Air Masin vs Air Tawar

Subhanallah

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Dr. Fauzi Deraman
ISLAM agama samawi terakhir diturunkan Allah. Sebagai agama terakhir sudah tentu ia paling lengkap dan sempurna. Islam berada di kemuncak kecemerlangan pada zaman Rasulullah (s.a.w.). Ia berkembang pesat sehingga pernah menguasai satu pertiga dunia. Wilayahnya memanjang dari selatan China di Timur dan ke pantai Lautan Atlantik di Barat, dari selatan Paris membawa ke Irian Jaya di Indonesia.Umat Islam dikurniakan Allah mendiami kawasan paling subur dan paling kaya di dunia. Mereka juga berada di tengah laluan antarabangsa yang menjadikan rantau Islam ini idaman semua pihak.Jatuhnya Khalifah Uthmaniah Turki yang menjadi induk umat Islam dan mansuhnya sistem khalifah, hasil perancangan jahat yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk, berketurunan Yahudi berasal dari Salonika dan tewasnya kerajaan ini dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah umat Islam difaraidkan oleh penjajah sebagai rampasan perang. British, Perancis, Itali, Sepanyol, Belanda dan lain-lain mendapat habuan masing-masing. Islam dan umatnya hasil daripada perancangan teratur musuhnya serta disokong dengan kelemahan dalaman yang sedia ada telah diasak dari dalam dan luar oleh penjajah dan tali barut mereka menyebabkan umat Islam berada di tahap paling lemah dalam sejarahnya.Namun begitu, umat Islam tidak perlu pasif kerana Allah menjanjikan Islam tetap unggul. Rasulullah menegaskan, akan tetap ada sekumpulan daripada umat Islam yang terus mempertahankan kebenaran daripada gugatan musuh.Belajar daripada kesilapan lampau dan dengan kepemimpinan ulama yang mukhlisin, umat Islam bangun semula dalam asakan dan serangan yang bertali arus itu. Umat Islam menapak semula untuk bangun dan mengambil semula tempatnya di persada dunia.Namun ia tidak semudah yang diungkapkan kerana terlalu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi.Penulis dan pemikir Islam sudah banyak menulis mengenai cabaran yang dihadapi umat Islam. Abdul Kadir Awdah, seorang pakar undang-undang Mesir yang gugur syahid di tali gantung pada zaman Jamal Abdel Nasir, pernah mengungkapkan antara cabaran ummah ialah kejahilan ummah itu sendiri dan kelesuan ulama.Dr Muhammad Sayyid al-Wakil, profesor sejarah Islam di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah pula menyentuh perancangan jahat musuh dan kejahilan umat Islam sendiri mengenai Islam.Kefahaman dan penghayatan umat Islam berbeza-beza mengikut taraf hidup dan latar belakang mereka. Secara umumnya terbahagi kepada dua. Pertama, golongan kurang terpelajar atau tidak terpelajar. Golongan ini kadang-kadang tidak memahami langsung akan Islam kecuali maklumat asas mengenai aspek ibadat dalam agama. Keislaman mereka sekadar pak turut semata-mata. Mereka mewakili bahagian terbesar daripada keseluruhan umat Islam. Mereka ini mudah terpengaruh dengan golongan yang pada pandangan mereka adalah terpelajar.Kedua, golongan yang mendapat pendidikan Barat atau yang terpengaruh dengannya. Rata-rata golongan ini dianggap terpelajar di kalangan umat Islam. Mereka mendapat pendidikan daripada sistem pendidikan yang tidak berteraskan wahyu tetapi mereka mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.Kelemahan golongan ini berpunca daripada kejahilan mereka mengenai Islam sebagai ad-Din. Berpunca daripada golongan inilah kedengaran suara sumbang seperti Islam tiada hubungan dengan hukum-hakam, syariat Islam sudah tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden, sesetengah ajaran Islam payah dan sukar hendak dilaksanakan dan sebagainya.Bagi golongan yang faham Islam pula, mereka memahami Islam sebagai satu sistem hidup yang sempurna dan menyeluruh yang diturunkan Allah. Mereka inilah yang berusaha melaksanakannya dalam kehidupan kerana meyakini Islam tetap sesuai pada setiap zaman dan tempat kerana ia milik Allah Yang Maha Mengetahui.Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh. Musuh umat Islam adalah daripada kalangan yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan dan ada juga daripada kalangan manusia.Daripada kalangan manusia, Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka. (Surah al-Baqarah: 126).Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam inilah, mereka melakukan pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan umat Islam. Sejarah menyaksikan pertentangan kedua-dua pihak ini mencetuskan peristiwa, tragedi dan kejadian pahit manis di kalangan umat Islam.Sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis, Rasulullah dan hukum Islam. Oleh itu pelbagai pendekatan digunakan, bermula daripada pertentangan bersenjata yang tergambar melalui beberapa siri Perang Salib yang silih berganti, namun mereka tidak berjaya menghapuskan umat Islam.Kaedah baru dicari selepas cara pertama kurang berhasil. Bermulalah era serangan pemikiran. Ternyata cara ini sedikit sebanyak berjaya memerangkap umat Islam. Mereka berselindung di sebalik pelbagai wadah, institusi penyelidikan dan badan yang mereka bentuk untuk menjadi boneka mereka.Musuh Islam juga mengeksport pelbagai pemikiran dan ideologi kepada umat Islam. Serangan ini berterusan walaupun negara umat Islam dapat membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan fizikal tetapi masih dijajah di segi pemikiran.Yahudi dan Nasrani menggunakan pelbagai saluran bagi mencapai hasrat mereka termasuk media, pakej bantuan dan kebajikan yang berselindung di sebalik pelbagai tabung dan dana, misi kemanusiaan dan seumpamanya. Tujuan utama mereka untuk menghancurkan Islam ke akar umbinya.Selain itu, umat Islam turut menghadapi bebarapa cabaran dalaman. Antaranya masalah kemiskinan, krisis nilai dan jati diri, pertentangan sesama sendiri dan kegagalan institusi ulama memainkan peranan sebagai pewaris nabi yang menjadi pemandu ummah.Faktor ini cukup untuk menjadikan umat Islam sebagai golongan lemah dan terkial-kial untuk meneruskan survival diri dan ummah. Kalau tidak kerana jaminan Allah yang akan tetap membela dan melindungi mereka yang beriman, sudah tentu perkara yang lebih teruk akan dihadapi umat Islam.Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal pasti faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya sebagai guru dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin dan peka dengan masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah lampau untuk membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju masa depan yang gemilang.Kita perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi lalu dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan umat Islam terus melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Imam Malik r.a. berkata: “Tidak akan baik golongan yang terakhir darpada umat ini kecuali dengan apa yang sudah baik umatnya yang terdahulu.”

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatn ya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Sebelum Aku Tidur

OLeh: TaKDiR iLaHi

Jam dah menunjukkan pukul 1.20 tengah hari. Azan zuhur dah sudah berkumandang. Allahuakbar Allahuakbar…Merdunya suara muazzin ni dan semerdu panggilan dr Yang Esa untuk hambanya melangkah sujud bertemu dengan-Nya. Pertemuan yang tak sampai 15 minit lamanya, tp mampu melembutkan jiwa, menguatkan iman dan menjauhkan diri dr segala yang mungkar. Hebatnya panggilan yang diwajibkan pd hambanya 5 waktu dalam sehari. Cukup indah susunan Yang Esa. Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat tu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

“Eh, betullah. Takkanlah aku nak tipu. Memang betul si polan tu buat benda tu.” kata Izo. “Yelah engkau, entah-entah ko reka citer je. Takkanlah dia nak buat macam tu. Tak mungkin lah.” Luahan tak percaya dari Amin. Mungkin sebab Amin kenal siapa yang diperkatakan oleh Izo. Mungkin kawan dia, mungkin bukan kawan tp dia mengenali siapakah orgnya.

 

“Allahuakbar Allahuakbar, Asyhadu Alla Ilaha illallah..” Muazzin sudah pun melafazkan seruan yang kedua sebelum hamba Maha Pencipta sujud bertemu dengan-Nya. Seruan iqamah. Dalam lafaz iqamah yang masih beralun, Izo menyambung kata-katanya: “Betul Min, dah memang dia buat benda tu. Muka je baik, tapi perangai ya Allah.” Tegas si Izo. “Engkau tengok sendiri atau dengar org lain yang cakap?” Tanya Amin. “Kawan aku yang cakap, dia tengok si polan tu buat benda tu.” Izo menguatkan kata-katanya yang belum tentu lagi kesahihannya.

Imam dah pun selesaikan amanat dari Yang Esa. Dalam keriuhan jemaah, ada suara nasihat dr salah seorang jemaah. “Sahabat-sahabat sekelian, saya nak kongsi satu kisah, kisah seorang sahabat Rasulullah. Dalam sebuah riwayat menceritakan, sahabat Rasulullah ni, bukan dari kalangan 10 orang yang di jamin masuk syurga. Tetapi Rasulullah mengatakan yang dia ni akan masuk syurga. Lalu sahabat yang lain agak pelik dan cuba mencari sebab kenapa sahabat ni Rasulullah jamin dia amsuk syurga.”

Salah seorang dari mereka ni berjumpa dengan sahabat yang Rasulullah katakan tadi. Di pendekkan kisah, dia minta izin dari sahabat tersebut untuk bermalam di rumahnya. Sepanjang hari, sepanjang malam dia memerhatikan segala perbuatan sahabat tersebut tetapi semuanya sama dengan apa yang dia lakukan. Solatnya, qiyamulailnye..semuanya tiada beza. Lalu dia bertanya kepada sahabat tersebut: “Apakah amalanmu sehinggakan Rasulullah menjaminmu akan masuk ke syurga Allah?” Lalu jawab sahabat tersebut:

“Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”

Jemaah yang menceritakan kisah tersebut meneruskan kata-katanya. “Sahabat-sahabat sekelian, bukanlah dengan hanya kita memaafkan dosa org lain kita akan masuk syurga. Ttapi ianya haruslah dibina atas amalan yang wajib dahulu. Yang Allah telah perintahkan kita untuk laksanakan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Jika kita tidak menyelesaikan amanah yang wajib, masakan kita akan masuk syurga. Cuma apa yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah itu adalah amalan tambahannya selepas dari amalan wajibnya. Maka Allah memuliakannya dengan memasukkannya ke dalam syurga.”

Rasulullah s.a.w telah bersabda, yang bermaksud:

“Sembahyang itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama,barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.” Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.

 

Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Izo masih meneruskan ‘perbualan’ mereka dengan penuh rancak. Leka dalam kisah indah ciptaan mereka sendiri. Dalam keseronokkan itu, syaitan semakin gembira kerana melihat hamba Allah terus leka. Leka dalam umpatan dan melewatkan solatnya. Kata si syaitan kepada rakan-rakannya yang lain: “Teruskan usaha kita untuk melekakan anak Adam. Biar mereka lupa untuk bertemu Allah pada awal waktu. Nanti adalah kawan kita di neraka. Hahahahahah.” Kata-kata yang disambut dengan ketawa riang.

Sekian, Wallahu `alam..

Older Posts »